
INFRASTRUKTUR SOFBOL
Infrastruktur sukan sofbol 'Skindiamond' di Malaysia hanya berada di 4 buah Politeknik iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Kedah, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Johor, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Perak dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Terangganu.
Segala kemudahan infrastruktur sukan sofbol ini boleh digunakan oeh orang awam yang terdiri pelajar sekolah, kelab-kelab, persatuan sofbol negeri dan juga Persatuan Sofbol Malaysia (SAM) untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa.
Pusat Sukan Tumpuan Sofbol yang terletak di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) menjadi tapak pasukan sofbol Malaysia untuk menjalani latihan pusat kerana mempunyai padang sofbol bersaiz antrabangsa dan mempunyai kemudahan sofbol yang lengkap di Asia Tenggara.
Selain itu juga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) pernah menjadi tempat latihan bagi pasukan sofbol Malaysia sebelum menyertai kejohanan Women Softball SEA CUP dan SEA Games 2015 yang telah dilangsungkan di Singapura.
Selain daripada latihan pusat, infrstruktur ini juga digunakan untuk penganjuran kejohanan sofbol bagi peringkat kebangsaan seperti Liga Sofbol Politeknik, Liga Sofbol IPT dan juga Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Kali-41.